Rasai lonjakan hormon endorfin saat seluruh pin jatuh sambil skrin memaparkan 'STRIKE'!!!
Itulah kepuasan yang sukar diungkapkan saat menikmati aktiviti boling ini. Walaupun corak permainannya santai namun aktiviti ini mampu memberi impak kepada tahap kecergasan tubuh badan kita. Boling boleh dimain tidak mengira masa dan keadaan ini kerana aktiviti ini sangat popular tidak kira golongan muda mahu pun dewasa.
Ape Kelebihan BOLING?????
> 30 minit bermain boling boleh membantu membakar kira-kira 150 kalori (bagi wanita yang mempunyai berat di antara 50-55kg). Jumlah pembakaran kalori ini sama nilainya dengan melakukan aktiviti berbasikal dengan santai atau 30 minit berkayak, Semakin lama jangka waktu permainan anda, semakin banyak kalori yang dibakar dan sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan.
>Keseronokan dan rasa santai semasa bermain boling juga dapat membantu kita lebih tenang dan bertenaga. bermain boling sama serperti membuat senaman lain kerana aktiviti ini dapat membakar lemak bagi yang ingin menjaga kesihatan dan tubuh badan yang diinginkan.
No comments:
Post a Comment